Credits
PERFORMING ARTISTS
Zainurin Mohd Dom
Performer
COMPOSITION & LYRICS
Zainurin Mohd Dom
Composer
Lyrics
(Alah emak hahwinkan aku)
Buah jambu tiga serangkai
Hanyut sebutir ke tanah Jawa
Buah jambu tiga serangkai
Hanyut sebutir ke tanah Jawa
Apa ilmu cik adik pakai?
Makin dipandang makin ketawa
Apa ilmu cik adik pakai?
Makin dipandang makin ketawa
Pon talipon, anak ayam hulu balik
Masa perintah Jepun
Makan ubi dengan keledek
Tidur malam tunggang terbalik
Sayang cik Nyonya menjual tauhu
Mari dijual bertempat-tempat
Sayang cik Nyonya menjual tauhu
Mari dijual bertempat-tempat
Kalau tuan si mahu tahu
Itulah dia renung makrifat
Kalau tuan si mahu tahu
Itulah dia renung makrifat
Pon talipon, anak ayam kena sembelih
Lepas perintah Jepun
Datang pulak perintah Mat Saleh
Hidup kita payah nak pulih
Limau purut lebat dipangkal
Sayang selasih condong uratnya
Limau purut lebat dipangkal
Sayang selasih condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang kasih, apa ubatnya?
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang kasih, apa ubatnya?
Capai ulu parang
Hendak rejam harimau akar
Sampai masih sekarang
Hidup kita sudah merdeka
Hajat di hati sudah tercapai
Buat serbat biji selasih
Buah dedadu di atas kota
Buat serbat biji selasih
Buah dedadu di atas kota
Kalau nak ubat hati yang kasih
Jangan selalu terpandang di mata
Kalau nak ubat hati yang kasih
Jangan selalu terpandang di mata
Makan buah duku
Jangan telan guli batu
Kita sudah maju, jangan lupa bantu-membantu
Baru kita dapat bersatu
Written by: Amir Amzah Salleh, Zainurin Mohd Dom

