Songtexte

Bangun pagi-pagi Tamu dah menanti Bukan nak cari kopi Nak tanya pasal subsidi Hai, belum sempat sarapan Dah ada pulak panggilan Kaum kerabat, orang kanan Nak mintak surat sokongan Jam baru pukul lapan YB kena lawat kawasan Tapi di tengah jalan Pengundi tahan mintak bantuan Disambut dengan kompang Ayam itik pun banyaklah tumbang Kemudian ditunjuk jalan berlubang Disuruh YB segera timbang Hey, yah Pada waktu tengahari Ada pula jemputan kenduri Kalau YB tak pergi Silap-silap nanti kurang undi Hai, dalam sibuk-sibuk Orang sakit YB jenguk Hai, teruk ke tak teruk Poket tetap YB kena seluk Ketika awal petang Ada satu sidang YB tak boleh tak datang Takut nanti kerusi terbang Sebelum senja ke padang bola YB dijemput sampaikan piala Sambil tu mereka bertanya "Jersi baru kami, hai macam mana?" Heii-yah Bila malam tiba Ceramah jadi agenda Kalau YB tak bersedia Kena tanya mungkin ternganga Bila habis berceramah Kampung lain YB singgah Bukan sekadar menjengah Tapi nak tinjau masalah Walau dah lenguh badan YB balik ke cawangan Ditanyanya orang harapan "Apakah strategi lawan?" Lewat malam digerai tepi jalan YB berembun melayan kawan-kawan Dengar pendapat, dengar pandangan Sambil itu kenalah belanja makan Sewaktu YB balik Burung hantu pun rasa pelik Isteri sendiri dah tak larat celik Anak-anak pulak dah lama tergolek Selepas YB mandi, YB belek itu dan ini Kemudian picit-picit jari sendiri Cari jalan nak tolong pengundi Hingga dinihari YB tak tidur lagi Esoknya pagi-pagi dah ada tamu menanti Assalamualaikum YB!
Writer(s): Nd Lala, Adi Al Hadi Lyrics powered by www.musixmatch.com
instagramSharePathic_arrow_out