Dari

PERFORMING ARTISTS
Klthsom
Klthsom
Performer
COMPOSITION & LYRICS
Nina Abu Hassan
Nina Abu Hassan
Composer
lukhman S
lukhman S
Composer

Lirik

Untuk apa lagi kau bertanya
Segala-galanya telah berakhir
Cukuplah sekali ini dan tak usah dikesali
Kita sudah pun terasing kini
Usah meletakkan pertemuan
Sebagai puncanya perpisahan
Dan bukan kerana takdir, tetapi mungkinnya zahir
Yang tiada pernah bertimbang rasa
Laluan kita yang lurus, kini telah berliku
Dan kita berdiri di persimpangan
Ikutlah kehendak hati, pasti kau temui
Apa yang kaucari selama ini
Usah meletakkan pertemuan
Sebagai puncanya perpisahan
Dan bukan kerana takdir, tetapi mungkinnya zahir
Yang tiada pernah bertimbang rasa
Laluan kita yang lurus, kini telah berliku
Dan kita berdiri di persimpangan
Ikutlah kehendak hati, pasti kau temui
Apa yang kaucari selama ini
Berdiri di sini seketika
Untuk kali yang terakhir ini
Harapanku cuma satu agar ketiadaanku
Mendewasakan lagi dirimu
Written by: Nina Abu Hassan, lukhman S
instagramSharePathic_arrow_out

Loading...