Lirik

Di sini kasih pernah berbunga Tiada harum tiada warna Di sini cinta pernah membara Tanpa bahang dan tanpa apinya Begini yang kurasa Hidup kita berdua Di sini langit mendung selalu Tiada cahya menyinariku Di sini aku tiada berdaya Mengikut kata tanpa bicara Kerana engkau tahu Aku tidak sepadan denganmu Hubungan kita suatu persinggahan Bukan pengabadian yang rela Pemergianku, oh, kerana terpaksa Demi hidup yang lebih sempurna Anggaplah kehadiranku Hanya satu persinggahan Aku tidak menjanjikan Mahligai impian Sebagaimana kau harapkan Biarlah jauh dari pandangan Daripada dekat penuh siksa Biar berduka biar melara Dari sengketa sepanjang masa Janganlah engkau harap Ku menghambakan diri Nanti kau tahu artinya sepi Bagaikan pisau menghiris hati Nanti kau tahu artinya rindu Bagai tertusuk duri sembilu Batin akan tersiksa Jasad pasti merana olehnya Hubungan kita suatu persinggahan Bukan pengabadian yang rela Pemergianku, oh, kerana terpaksa Demi hidup yang lebih sempurna Anggaplah kehadiranku Hanya satu persinggahan Aku tidak menjanjikan Mahligai impian Sebagaimana kau harapkan Hanyalah satu persinggahan
Writer(s): Syed Mohd Amin Syed Hashim, Che Wan Zulkifli Che Wan Abdul Ghani Lyrics powered by www.musixmatch.com
instagramSharePathic_arrow_out