Lyrics

Dalam diam ada suara seribu patah bahasa Menilai bunyi ianya ketawa bisikan dalaman berkata Katanya ku punya kembar seiras tapi tak serupa Berkongsi jasad yang sama tetapi dua jiwa yang berbeza Kadangkala aku aku kadangkala aku pula si dia Engkau kenal aku yang mana satu? Aku atau pula si dia Aku pandang cermin dia lihat aku aku pandang lain dia masih lihat aku Sebalik wajah aku ada wajah lagi satu wajah Yang kau tak tahu yang kau takkan mahu tahu nah Siapa menang pabila aku lawan aku Suara halus seteru menyeru mengganggu fikiranku Manakan ku takut pada aku apatah lagi tewas dengan aku Lebih rela mati berkecai seribu daripada ku hidup dibelenggu Nyah kau dari sini aku tak mahu engkau lagi Kan aku dan kau serasi mana aku boleh pergi Siapa boleh menang aku lawan aku Peperangan tiada muktamad hingga aku tamat waktu Dengki Baran Dendam Rakus Ego Bongkak Malas Wahan Dengki Baran Dendam Rakus Ego Bongkak Malas DIAM! Aku Lawan Lawan Lawan Lawan Lawan DIAM! Diam sudah diam Berani kau mekar di dalam diam-diam Naluri hati sudah kau siang-siang Dihiris-hiris hingga nur hampir hilang Bagai pemandu yang dipandu penumpang Tanpaku sedari jasadku kecundang Dipimpin suara yang tidak diundang Apa yang merdu ku terdengar jadi sumbang Diam! Patut bukanku disangkar Ibarat si barat liar adat dilanggar Keliling padi sudahku pasangkan pagar Namun si lalang masih berani mencabar Tidak Tidak mungkinku mungkar Bonda mendidikku tidak pernah longgar Parut sebatnya masih segar di dalam minda Jadi kenapa menahannya masih sukar? Hendakku tahan dengan taqwa Dera seksa bebanku beratkan di belakangnya Jinakkannya turut segala suruhanku Diabdinya hingga tiada lagi peranannya Bisa di mulutnya tolong tutup Berat untuk meninggalkannya yang terkutuk Cantik di zahirnya tapi pada batinnya buruk Bila dah tersedar aku terlambat Ku terduduk (diam!) Hendakku padaMu ku dekat-dekat Walaupun amalanku tersekat-sekat Dengan minyak di rautku melekat-lekat Pahit rasanya berkata kesat Tahap kesedaranku berkembang pesat Amaratun bil su' ku ikat ketat Kau DIAM! Dengki Baran Dendam Rakus Ego Bongkak Malas Wahan Dengki Baran Dendam Rakus Ego Bongkak Malas Wahan DIAM! Lawan Lawan Lawan Lawan Lawan Lawan Lawan DIAM! Jam berdetik tik tik tik tik Dengan pantas masa ia berlalu Cengkerik malam krik krik krik krik Arus perdana tak pernah berlagu Tak pernah padam walau apa berlaku Jauh tenggelam dalam dasar aku Kini Jasad diam terkaku Jiwa bergolak bila diri dipaku Ingin ku bebas dari belenggu Sediaku menunggu masa itu Gerakan drastik fikiran logik Tak sampai dek akal bergelut dengan si kritik Minda skeptik kerap dipraktik Luka berjangkit dicari antiseptik Jadi tenang kosongkan fikiran Fokus kan minda membidik sasaran Diatur langkah hadapi serangan Dikentalkan mental lawan sesaran Bekalkan diri dengan pegangan Setelah alami gelap perlu pencerahan Kuasa dalaman awasi formasi Berteriak sorak simbolik sebati Segak lagak dia semarak berapi Teragak agak nak atau tak nak berhenti Mereka tergelak gelak berdekah dekah Mereka tergelak gelak berdekah dekah Bom jangka meletus ke setiap saraf darah Setelah menerima jemputan terjun ke dalam lembah Harusku tabah meredah redah Harusku tabah meredah redah Rampas peluang tika semangat lemah Jika kau ikut dia sedia terima padah
Writer(s): Al-z, Rydzaradzy, Frequensi Lyrics powered by www.musixmatch.com
instagramSharePathic_arrow_out