Lyrics

Cincin intan bunga selasih Mari dipakai di waktu petang Kenapa tuan tak mahu berkasih Adakah orang akan melarang Kain sarung kain terendak Memanglah manis kalau dipakai Kalau takut dilambung ombak Jangan berumah di tepi pantai (Korus 1) SMS & SN: Menjeling menjeling kubertentang Mata kita sama memandang Kucuba kucuba nak bertanya Siapa diakah namanya (Korus 2) SMS & SN: Menjeling menjeling kubertentang Mata kita sama memandang Bercakap bertanya dan bermesra Jangan sampai datang rumah Tuai padi musim dah tiba Mari menuai di waktu pagi Kalau begini malang menimpa Biar kuturut kata hati Bunga selasih permainan budak Daun sehelai dimakan kuda Bercerai kasih bertalak tidak Seribu tahun bertemu juga (Ulang korus1 & 2) Kereta kuda pedati lembu Singgah mari di tepi kuala Tuan sutera saya belacu Mana 'kan boleh berganding sama Burung jelatik sarang kedidi Sarang tempua sarang berjuntai Sungguhpun cantik sutera diuji Belacu juga tahan dipakai (Ulang korus1 & 2)
Writer(s): Hashim Said, Dato S.m Salim Lyrics powered by www.musixmatch.com
instagramSharePathic_arrow_out