Credits

PERFORMING ARTISTS
Aniq Muhai
Aniq Muhai
Performer
Adnin Roslan
Adnin Roslan
Performer
COMPOSITION & LYRICS
Aniq Muhai
Aniq Muhai
Songwriter
Adnin Roslan
Adnin Roslan
Songwriter
Rauf Dashuki
Rauf Dashuki
Songwriter
Rahim Dashuki
Rahim Dashuki
Songwriter
Rebbel
Rebbel
Arranger
PRODUCTION & ENGINEERING
Adnin Roslan
Adnin Roslan
Producer

Lyrics

[Verse 1]
Ku mula pening kepala lagi
Fikiran kusutku kembali
Memikirkan itu dan ini
Masih tak ku jumpa solusi
Duit hartaku tak banyak mana
Jodoh pula tak kunjung tiba
Takut-takut tak sempat nikah
Ajal pula datang menjelma
Aku tak tahu
Apakan berlaku
Risau dan buntu
Oh bantu diriku
Ku takut tak mampu
Hadapi semua itu
Kerana aku tertanya-tanya
Apa yang ada di hujung cerita
[Chorus]
Kau perlu tenang
Jangan risau
Senyumlah usah risau
Andainya engkau risau
Yakinlah Tuhan itu ada
Tenang, tenang
Melangkah dengan tenang
Tenang kau pasti menang
Yakinlah Tuhan bersamamu
[Verse 2]
Suara-suara bisikan hadir
Agarku takut dan risau lagi
Ku perlahan-lahan meninggalkan tawa
Bayangan kegagalan menjelma
Sebenarnya ku tak mahu menangis
Kerana sakit yang tak mampuku tepis
Tapi aku menangis hanya kerana
Ku tak kenali siapa diriku sebenarnya
Kini mentari hilang sinar mengejar dunia
Ku cari erti apa tujuan aku dicipta
Diriku pening
Kepala runsing
Kembali ku sujud
Minta panduan dari yang maha esa
Walau diri penat dan kini aku lelah
Berlari mengejar dunia semua fana
Jatuh rebah bangkit semula
Walau apapun ku cuba
[Chorus]
Kau perlu tenang
Jangan risau
Senyumlah usah risau
Andainya engkau risau
Yakinlah Tuhan itu ada
Tenang, tenang
Melangkah dengan tenang
Tenang kau pasti menang
Yakinlah Tuhan bersamamu
[Verse 3]
Di dalam sebuah pelayaran hidup
Akhirnya ku mula fahami
Ku perlu sangka baik
Pada takdir ilahi
Tak perlu takut lagi
Pada sesuatu yang masih belum terjadi
Ho, wo, oh, oh, oh, oh
Written by: Adnin Roslan, Aniq Muhai, Rahim Dashuki, Rauf Dashuki
instagramSharePathic_arrow_out

Loading...