Lyrics

Tak sudi memandang tidak mengapa Kerna kumengerti aku insan hina Tapi dengar apa kukatakan Untuk pedoman di hari muka Dulu hidupku rasakan mati Mata terbuka tapi tak berhati Kini kurasa dihidupkan kembali Walau peritnya setengah mati Baru kukenal bulan dan bintang Betapa indah dunia dipandang Baru kukenal ibu ayah adik abang Kerana dulu fikiran melayang Jalan nak kulalu masih panjang Akan kurempuh hari mendatang Kepadaku berilah perangsang Agar kejayaan dapat kujulang Manusia sepertiku usah kau hina Kelak menambah sakit di dada Selagi aku bernama manusia Tak lepas dari salah dan dosa Salah kulakukan meruntuhkan nama Kerna perbuatan mengikut rasa Namun kubersyukur pada Yang Esa Setelah mati kuhidup semula
Writer(s): Hashim Bin Said Pka S Atan Lyrics powered by www.musixmatch.com
instagramSharePathic_arrow_out