album cover
Paksi
album cover
Paksi was released on August 8, 2026 by Hittaz Records as a part of the album HANTU BAWAH KATIL
August 8, 2026
LabelHittaz Records
BPM120
Melodicness
Acousticness
Valence
Danceability
Energy

Music Video

Music Video

Lyrics

Riuh dunia, seringnya buatku sesat
Mencari arah di celah angka dan penat
Namun ada satu ruang, suhunya sentiasa tepat
Tempat jiwaku pulang, saat langkah kian berat.
Bukan tentang dinding, bukan tentang bumbung
Tapi tentang tenang yang kau bawa berkepung
Tanpa perlu suara, kau faham apa yang terbuku
Di antara garis duka, kaulah titik penentuku.
Kau adalah saksama dalam kucar-kacirku
Warna yang tetap saat pelangi mula membiru
Tak perlu ku sebut namamu dalam setiap baris doa
Kerana kau sudah ada di setiap hela nafas yang sedia.
​Terima kasih, kerana menjadi paksi
Di bumi yang tak pernah berhenti menguji.
Ada masanya aku lari mengejar bayang
Lupa pada akar yang buatku tetap tegak berdiri
Kau tak pernah menghalang, cuma setia menunggu siang
Menjadi teduh yang paling tenang, saat mentari membakar diri.
Dunia ingin lihat kita jatuh menyembah
Selagi ku ada darah kau tak akan tertumpah
Dalam diammu, ada sokongan yang paling megah
Dalam sabarmu, ada syurga yang tak perlu ku tempah.
Kau adalah saksama dalam kucar-kacirku
Warna yang tetap saat pelangi mula membiru
Tak perlu ku sebut namamu dalam setiap baris doa
Kerana kau sudah ada di setiap hembus nafas yang sedia.
​Terima kasih, kerana menjadi paksi
Di bumi yang tak pernah berhenti menguji.
Tetaplah di situ, di sudut yang hanya aku tahu
Menjadi rahsia paling indah, dalam setiap langkahku.
Cukup sekadar ada...
Cukup sekadar kita.
Written by: Ical Mosh, Salam Kongkong
instagramSharePathic_arrow_out􀆄 copy􀐅􀋲

Loading...