歌词
[Intro]
Ah-haa, yeay-yeah
[Verse 1]
Seumpama rama-rama
Terbang bebas di udara tanpa ada halangan
Aman damai, suka-suka
Riang ria tanpa ada rasa duka sengketa
Rama-rama
[Verse 2]
Ekspresi dirimu menawan hatiku
Ingin aku terbang bersamamu
Melihat kerenah, melihat telatah
Manusia yang sering telagah
[Verse 3]
Ekspedisi ini bagai tiada henti
Kan menjadi antologi diri
Terhentilah mimpi, terhapuslah sepi
Sanubari yang lebih berani
[Chorus]
Terminal yang pasti satu fitrah hati
Kerana yang sejati tiada kekal lagi
Terbanglah ke sini mencari abadi
Terbanglah ke mari mencari hakiki
Seumpama rama-rama
Melewati panorama yang penuh warna-warni
Taman bunga, taman damai
Dengan aksi lincah berputik hidup yang harmoni
Rama-rama, oh-yeay, yeay
[Verse 4]
Ekspresi dirimu menawan hatiku
Ingin aku terbang bersamamu
Melihat kerenah, melihat telatah
Manusia yang sering telagah
[Verse 5]
Ekspedisi ini bagai tiada henti
Kan menjadi antologi diri
Terhentilah mimpi, terhapuslah sepi
Sanubari yang lebih berani
[Chorus]
Terminal yang pasti satu fitrah hati
Kerana yang sejati tiada kekal lagi
Terbanglah ke sini mencari abadi
Terbanglah ke mari mencari hakiki
[Chorus]
Terminal yang pasti satu fitrah hati
Kerana yang sejati tiada kekal lagi
Terbanglah ke sini mencari abadi
Terbanglah ke mari mencari hakiki
[Verse 6]
Seumpama rama-rama
Terbang bebas di udara tanpa ada halangan
Aman damai, suka-suka
Riang ria tanpa ada rasa duka sengketa
Rama-rama
Written by: Azam Dungun, Fauzan S.


