歌词

Musang bertongkat dari belukar Raja burung bekal seruling Rahsia dahan darilah akar Macam Ali mahupun ginseng Mulut kacip tersalah kata Mahu timah atau trapu Sama asal lain namanya Dalam hati tak siapa tahu Dari mana bunyi itu? Firasat bukan aku Jantung ku mula laju Tubuh ku mula kaku Jasad ku bergetar Bernafas dalam lagu Mereka kata ada rahsia dibalik pintu Aku berseloka bersidang alas buku Teman ku hanya pena catit catat dari guru Hiasan dalam diri tak dinilai ikut baju Yang mana pakai baju ukur badan baru tahu Alam semesta berpusing sempoyongan ku runsing Sibuk mereka hitung salah ku di atas dacing Jasad belum terkubur tapi sudah mereka nilai Ku abai si penilai anggap saja mereka murai Benar kadang cukup buntu mana nak dituju Yang sini atau situ? Yang hantu atau aku? Yang mana satu? Masih lagi keliru Hantu atau aku? Musang bertongkat dari belukar Raja burung bekal seruling Rahsia dahan darilah akar Macam Ali mahupun ginseng Mulut kacip tersalah kata Mahu timah atau trapu Sama asal lain namanya Dalam hati tak siapa tahu Terbuka pintu hati Nak berjalan ke laman Mencari nak dipasti yang di setiap halaman Halakan penghayatan yang kerap kali khayalkan Rumusan dek keratan takkan dirumus sekerat dan Perlu ditafsir mahir Taksiran isi zahir Mencari yang terperinci asal awal hingga akhir Kenali bayang diri berkepak atau berparuh Mitosnya dari Parsi jangan disaksi separuh Separa paras prasaan prasangka Sebelumnya sangkakala Tak disangka tak terjangka macam rangka reka kerangka Angka angka tak terkira takkan tercipta melulu Kerap kedengaran "Hu hu" Bergema disetiap bucu Dulu terburu-buru Mengejar ilmu berbuku-buku Perlu berguru Usah sendiri Nak diselami Menyelam rasa nikmati rohani Jasmani yang harmoni Kurniaan hakiki Musang bertongkat dari belukar Raja burung bekal seruling Rahsia dahan darilah akar Macam Ali mahupun ginseng Mulut kacip tersalah kata Mahu timah atau trapu Sama asal lain namanya Dalam hati tak siapa tahu Mereka sibuk cemuh Ku sibuk cari 'Simurgh' Hati teguh bersungguh gali ilmu walau jauh Ku usung 4 watak dalam mencari Ad-din Cukup seindah khirqa walau tak secantik satin Sopan dalam tarian lidah tuturkan semua Macam bunyi seloka lidah ku setajam pisau Ku tidak pandai prosa puisi dalam ritma Ku cuma ikut hati bila hud ku berkicau Siang makin hirang Malam makin terang Burung hantu datang yang melihat aku helang Ku datang menggalang Bukan datang tuk berperang Aturkan serampang dua mata sebelum ku pulang Musang bertongkat dari belukar Raja burung bekal seruling Rahsia dahan darilah akar Macam Ali mahupun ginseng Mulut kacip tersalah kata Mahu timah atau trapu Sama asal lain namanya Dalam hati tak siapa tahu Musang bertongkat dari belukar Raja burung bekal seruling Sama asal lain namanya Dalam hati tak siapa tahu
Writer(s): Lukmanulhakim Mohamed Azmaili, Shameer Ashraf Shahruddin, Siqma Lyrics powered by www.musixmatch.com
instagramSharePathic_arrow_out