制作
出演艺人
Benzooloo
声乐
Highrule
声乐
High Rule
声乐
作曲和作词
Benny Francis
作曲
Benzooloo
编曲
制作和工程
B.R.B Music Entertainment
制作人
歌词
[Verse 1]
Ooooh
Huh yeah
Jangan tidur dulu sebap malam masih muda
Masih banyak lagi benda yang kita belum cuba
Kalau aku WhatsApp
Jangan bagi "Last Seen"
Begitu cepat mood swing kau tukar musim
Kenapa takut hujan kalau aku jadi payung?
At the end of the day bukankah kau juga yang untung?
Sebab badan masih kering aku habis basah kuyup
Hujung kulit jari mengecut macam kurma Yusuf Taiyoob
Lepas isnin bikin bitin, selasa patut selesa kan?
Tapi,kenapa pula boleh ada retakan
Pelik, itu yang buat aku terfikir
Kau jauhkan diri setiap kali aku datang hampir (Oh)
Memang tidak logik tapi aku cuba faham
Kenapa sekarang banyak alasan
Tidak boleh keluar malam?
Mungkin ada orang lain yang aku tidak nampak
Dia dalam filem kita cuma berlainan watak
[Chorus]
Apa guna hidup kalau sudah jadi gila?
B-b-b-b-bila semua titik peluh tidak lagi bermakna
Bagi aku tequila mungkin aku perlu mabuk
Sensei perlu terapi suda penat mengamuk
Oooh menyerah dengan tenang
Ini satu peperangan aku tidak akan menang
[Verse 2]
Damn fuck it, ini lain macam punya kick
Dulu baik-baik saja sekarang cari penyakit
Kalau dulu aku Jay-Z, kau pula Beyonce
Sekarang kita problem macam Rosmah dan Najib hey
Kiri kanan kiri, ini terakhir aku kawad
Kau bukan lagi sarjan yang aku perlu tabik hormat
Bagi tahu mama papa yang aku suda mengaku
Batal saja rancangan untuk daftar jadi menantu
Dan minta maaf kalau ada yang terlanjur
Apa silap aku jangan malu untuk tegur
Tunggu verse ketiga nanti
HighRule akan rep
Lepas dia habis spit
Jangan lupa lupa untuk clap
Kalau rasa mahu borak, hmm tiada masalah
Datang saja satu malam lepak SM hisap shisha
Sebelum kedai tutup habis masa bunyi gong
Kojek boleh tolong untuk belanja satu bong
[Chorus]
Apa guna hidup kalau sudah jadi gila?
B-b-b-b-bila semua titik peluh tidak lagi bermakna
Bagi aku tequila mungkin aku perlu mabuk
Sensei perlu terapi sudah penat mengamuk
Oooh menyerah dengan tenang
Ini satu peperangan aku tidak akan menang
[Verse 3]
Manisnya sedang berkasih
Mana pergi janji-janji sekian lama
Kau beri kehendak kau ku turuti
Masih juga kerut dahi ayat berulang kali
Punca sering dicari
Terjadi, please lah
Cuba buang sifat salah sangka
Punah harapan senja ku pasrah
Setelahku korbankan,hari mahu hujan
Membasahi layang
Rhyme dia line macam tayang
Lain yang diduga cuma luah sayang
Ku bayang dalam wayang kenang kisah silam
Benang disimpulkan, kesimpulan cerita
Aku lebih percaya dugaan suratan
Kehidupan untuk kita atur langkah demi langkah
Pikul baik jalan cerita
Moga cinta yang tiba cinta luar biasa
Cinta yang membawa sampai ke syurga
[Chorus]
Apa guna hidup kalau sudah jadi gila?
B-b-b-b-bila semua titik peluh tidak lagi bermakna
Bagi aku tequila mungkin aku perlu mabuk
Sensei perlu terapi sudah penat mengamuk
Oooh menyerah dengan tenang
Ini satu peperangan aku tidak akan menang
Written by: Benny Francis