制作
出演艺人
Kmy Kmo
声乐
Luca Sickta
声乐
赖淞凤
声乐
Psychomantra
声乐
Benzooloo
声乐
作曲和作词
Kmy Kmo
词曲作者
Luca Sickta
编曲
Psychomantra
词曲作者
Benzooloo
词曲作者
制作和工程
Luca Sickta
制作人
歌词
Berapa banyak rahsia dalam petua
Penuh bagaikan bintang di angkasa raya
Berapa ramai yang bermasam muka dah gembira
Hidup ceria
Bersama dan aman sentosa
Jatuh luka
Pasti ada yang datang tolong
Muafakat kita semua dah macam satu kampung
Tak kira muda ataupun tua
Adab dahulu sebelum bersua
Tak kira pangkat ataupun darjat
Nilai diangkat untuk terus dipahat
Kata yang lama kata bermalu
Bertalu hina kerana seteru
Usah berbuat kerja menyalah
Tunding menunding kan pecah belah?
Berapa ramai bersama kita
Berpadu tenaga tulang belikat
Berbilang agama dan juga bangsa
Ikrar Negara yang kita ikat
Ingat, keringat hasilkan pingat
Tingkat berjaya di jalan singkat
Singkap usaha 'kan muafakat
Pastikan kuat teguh azimat
Berapa banyak rahsia dalam petua
Penuh bagaikan bintang di angkasa raya
Berapa ramai yang bermasam muka dah gembira
Hidup ceria
Bersama dan aman sentosa
Jatuh luka
Pasti ada yang datang tolong
Muafakat kita semua dah macam satu kampung
Datang dari tanah
Yang bawah bayu
Buka mataku
Bangun dari layu
33 etnik 1 bumbung
80 dialek bila hubung
4 ribu meter
Atas Gunung Kinabalu
Benda paling padu
Tapi bukan benda baru
Tidak sendu bila kita sini aramai
Untuk BKI
Tidak terabai
5 kelopak pada bunga raya
5 keluarga ada hari raya
Kami mesra tak kira miskin kaya
Bersatu padu dalam bersaudara
Pada media sosial kita multi racial
Dalam hati tertera, rukun Negara
Maksud tersirat pada warna bendera
Perpaduan asas ibu negara
Berapa banyak rahsia dalam petua
Penuh bagaikan bintang di angkasa raya
Berapa ramai yang bermasam muka dah gembira
Hidup ceria
Bersama dan aman sentosa
Jatuh luka
Pasti ada yang datang tolong
Muafakat kita semua dah macam satu kampung
Berapa ramai yang bermasam muka dah gembira
Hidup ceria
Bersama dan aman sentosa
Jatuh luka
Pasti ada yang datang tolong
Muafakat kita semua dah macam satu kampung
Written by: Benzooloo, Kmy Kmo, Luca Sickta, Luncai Emas Sdn Bhd, Psychomantra

