音樂影片
音樂影片
積分
演出藝人
Altimet
聲樂
Takahara Suiko
聲樂
詞曲
Altimet
作詞
Ahmad ' Kemas' Khair
編曲
Anas Amdan
作曲
Terry Salim
作詞
製作與工程團隊
Ahmad ' Kemas' Khair
製作人
Anas Amdan
製作人
歌詞
Yamin smol, yamin smol
Yamin smol, yamin smol
Yamin smol, yamin smol
Yamin smol, yamin smol
Yamin smol, yamin smol
Yamin smol, yamin smol
Yamin smol, yamin smol
Yamin smol, yamin smol
Dengarkan cerita anak angkat raja
Dilantik ketua siapa? Semua hamba
Dua belas rumah Yahud bangsa mereka
Bawakan kami ke tanah merdeka
Dengar cerita dia utusan Yang Esa
Patutnya dibunuh tapi Firaun leka
Terlepas dibesarkan di dalam istana
Penyelamat kita dari hidup merana
Ah, yang konon pembunuh aku sudah tiba
Tak sangka dulu kutimangnya di atas riba
Panggil ahli sihir dia penyilap mata
Aku boleh matikan dia bila-bila masa
Panggil menteri, binakan menara setinggi mentari
Aku mahu lihat Tuhan si bodoh ini
Tak nampak pun batang hidung, Tuhannya lembik
Tuhanku, hamba dah lari! Menteriku bertempik
Kanan, kiri, kanan, kiri
Ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja, nabi kami
Dikejar tenteranya jadi kita lari
Kanan, kiri, kanan, kiri
Kejari hamba kepunyaan Tuhan kami
Depan ada laut, hei, mana mau lari?
Tuhan kami akan tewaskan si nabi
Yamin smol, yamin smol
Yamin smol, yamin smol
Yamin smol, yamin smol
Yamin smol, yamin smol
Dihentak tongkatnya di atas tanah
Laut terbelah kami redah
Antara dua dinding air kami mencelah
Kepada nabi dan Tuhannya kami berserah
Sampai ke seberang kami pandang belakang
Firaun dan tentera mengejar, menyerang
Dinding air runtuh mereka kabut kelam
Cuba berenang dipaksa menyelam
Ni yang buat aku meradang
Yang mulanya surut sekarang sudah pasang
Dah tiada pilihan, apa boleh buat
Terpaksa aku akui Tuhannya lagi hebat
Nyawa mereka terbang, badan timbul tenggelam
Tombak dan pedang masih di dalam genggam
Kami terus berjalan pagi, petang, siang, malam
Mencari halaman untuk bercucuk tanam
Kanan, kiri, kanan, kiri
Ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja, nabi kami
Kita 'kan sampai suatu hari nanti
Kanan, kiri, kanan, kiri
Ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja, nabi kami
Kita 'kan sampai suatu hari nanti
Kita dijanjikan pembalasan Ar-Rahman
Empat puluh tahun dalam perjalanan
Menuju cahaya dipimpin Nabi Musa
Membelah lautan dengan tongkatnya
Firaun yang tenggelam menghuni Jahanam
Yang karam bersama kesumat dan dendam
Raja yang bertakhta karam tanpa berita
Kanan, kiri, kanan, kiri
Ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja, nabi kami
Kita 'kan sampai suatu hari nanti
Kanan, kiri, kanan, kiri
Ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja, nabi kami
Kita 'kan sampai suatu hari nanti
Written by: Ahmad ' Kemas' Khair, Altimet, Anas Amdan, Terry Salim