積分
演出藝人
UNIC
演出者
詞曲
UNIC
作曲
PAHROL MAD JOI
詞曲創作
製作與工程團隊
UNIC
製作人
歌詞
Biar darah jadi baja, biar tulangku menjadi tunggaknya
Islam tetap di puncak, biar imanku terus melonjak
Aku tegar, aku rela
Sekalipun aku dihenyak
Burung, burung hijau terbang
Rohku tenang melayang
Syurga firdausi menungguku datang
Bidadari pun tersenyum
Merindu cumbu harum
Disaat cinta mekarku bercantum
Pergi ku tak kembali
Kerana memburu nikmat syurgawi
Itulah yang hakiki
Itu yang abadi
Dan ku tidak mati
Bahkan hidup dengan rezki Ilahi, oh-uoh
Kejayaan (kejayaan)
Kebahagiaan (kebahagiaan)
Bintang syuhada yang dirindukan
Datang, datanglah wahai syahid
Dambaan mujahid
Aku relakan sakit yang sedikit
Derita hanya sementara
Biar aku nestapa
Demi bahagia untuk selamanya
Written by: Bazli Unic, PAHROL MAD JOI, Pahrol Mohamad Joui