歌詞

Hingga ke saat ini Pelbagai persoalan Tak henti melanda Untuk ku memikirkannya Kau memilih diriku Di atas dasar apa Apakah kerana cinta Atau pelepas sepi cuma Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan Membiarkan ranting dimamah usang Apakah semua itu akan terjadi padaku Andainya benar maka tepatlah apa yang kuramalkan Waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama Dan satu darinya engkau bersyahdu bahawa aku takkan kehilanganmu Susah payah kita semai benih cinta Menempuh dugaan Akhirnya kau tinggalkan Sia-sialah ku bina istana cinta andai insan lain di hatimu bertakhta Waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama Dan satu darinya engkau bersyahdu bahawa aku takkan kehilanganmu Susah payah kita semai benih cinta Menempuh dugaan Akhirnya kau tinggalkan Susah payah kita semai benih cinta Menempuh dugaan Akhirnya kau tinggalkan Sia-sialah ku bina istana cinta andai insan lain di hatimu bertakhta Hingga ke saat ini Ku masih mengenangkan Detik-detik terindah Yang kesudahan aku parah Kesudahan aku parah
Writer(s): Saari Jusoh Lyrics powered by www.musixmatch.com
instagramSharePathic_arrow_out