Lyrics

Mari semua kita Raya di rumah saja (Hiya, hiya, hey) Semua tak boleh keluar Nanti kena saman padan muka Tunggu dulu Akram bagi tahu Pakai saja baju tahun dulu Walau raya dekat rumah Masih boleh cantik lawa lepas itu Post dekat insta Apa kata kita Raya rumah di sebelah (Hiya, hiya, hey) Aku dengar anak dia lawa Putih gebu bibirnya merah Tunggu dulu Achoi bagi tahu Mana boleh keluar macam itu Kau tak ingat virus melekat Nanti tak pasal beraya dalam wad Jadi kita nak beraya di mana? Takkan raya pertama Duduk lepak di rumah Redha jelah tahun ini macam biasa Macam tahun lepas juga Tak dapat raya Aku ada masalah Berat hati rasa nak luah Baju raya aku tahun sudah Sudah sendat perut terkeluar Tunggu dulu aku bagi tahu Nenek kita ada tinggal baju Ish, tak adalah baju itu Apa kisah kau nak malu Sekarang trend baju kelawar biniku (Eh alamak, bukan haram ke?) Aku dah tak ada idea Nak buat apa masa raya Jom video call awekku Dia pun tak ada hala tuju Apa kata kita cuba? Call je awek dia Kita cuci mata Kenapa telefon sayangku? Bawa sekali temanmu (Hiya, hiya, hey) Niat nak pergi rumahmu Hati tak tahan rasa rindu Tunggu dulu kami mahu tahu Tak bahaya ke kalau macam itu? Kalau kamu mahu tahu Ku cabut topeng mulutku (Virus) Jadi kita nak beraya di mana? Takkan raya pertama Duduk lepak di rumah Redha jelah tahun ini macam biasa Macam tahun lepas juga Tak dapat raya (Tak dapat raya lagi ke?)
Writer(s): Zai Hamzah Lyrics powered by www.musixmatch.com
instagramSharePathic_arrow_out