Credits
PERFORMING ARTISTS
Floor 88
Performer
Baby Shima
Performer
COMPOSITION & LYRICS
Zai Hamzah
Songwriter
Harry Khalifah
Arranger
Lyrics
[Verse 1]
Mari semua kita
Raya rumah di sana
Aku dengar dia orang kaya
Rumah besar, kereta mewah
[Verse 2]
Tunggu dulu, Akram bagi tahu
Rumah itu raya tahun dulu
Sirap dia tawar amat, kuih makmur, semperit, tart
Tunggu duit tak dapat-dapat
[Verse 3]
Apa kata kita
Raya rumah di sebelah
Aku dengar anak dia lawa
Putih gebu, bibirnya merah
[Verse 4]
Tunggu dulu, Ah Choi bagi tahu
Rumah itu rumah Haji Abu
Kau tak ingat apa kau dah buat
Getah sekerap dia engkau rembat
Aku lupalah
[Verse 5]
Jadi kita
Nak beraya di mana?
Takkan raya pertama
Duduk lepak sahaja
[Verse 6]
Hari Raya
Orang semua bergembira
Kita pula berduka
Tak dapat raya
[Verse 7]
Jom raya rumah nenek aku
Ada rendang, ketupat, bahulu
Mana tahu dapat dihulur
Sepuluh atau lima puluh
[Verse 8]
Tunggu dulu, Ayie bagi tahu
Nenek sendiri engkau pun tak tahu
Dia tak ada di rumah
Macam mana engkau tahu?
Oi, sepupu!
Itu pun nenek aku
Alamak, iye ke?
[Verse 9]
Aku dah tak ada idea kita nak beraya di mana
Jom raya rumah awekku
Dia pun tak ada hala tuju
[Verse 10]
Apa kata kita raya
Rumah awek dia
Kita cuci mata
[Verse 11]
Jemputlah naik, sayangku
Bawa sekali temanmu
Juadah sudah sedia
Semua di atas meja
[Verse 12]
Tunggu dulu, kami mahu tahu
Siapa yang masak banyak begitu?
Kalau kamu mahu tahu, kucabut di kepalaku
Hantu!
[Verse 13]
Jadi kita
Nak beraya di mana?
Takkan raya pertama
Duduk lepak sahaja
[Verse 14]
Hari Raya
Orang semua bergembira
Kita pula berduka
Tak dapat raya
[Verse 15]
Hantu!
Hantu! Hantu!
Written by: Zai Hamzah

